Industri Pelancongan Negara Kian Rancak, Ramai Rakyat Malaysia Dah ‘Plan’ Percutian Akhir Tahun!

Rakyat Malaysia kini dilaporkan sibuk merancang percutian bersempena tahun ini yang semakin menghampiri penghujungnya.

industri pelancongan negara kian rancak, ramai rakyat malaysia dah ‘plan’ percutian akhir tahun!

Orang ramai kini sedang mensasarkan untuk bercuti di pelbagai destinasi percutian popular, baik di dalam atau luar negara, menurut satu tinjauan yang dilakukan Astro AWANI di Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2022.

Menurut laporan terbabit, antara lima lokasi yang menjadi tumpuan penduduk negara ini termasuk beberapa pulau seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor.

Selain itu, antara negeri lain yang turut menjadi pilihan ramai ialah Melaka, Sarawak, Sabah dan Terengganu.

Lokasi pilihan luar negara pula ialah Korea Selatan, Taiwan, Turki, negara-negara Eropah termasuk negara Balkan dan negara-negara Asia Tenggara serta Arab Saudi bagi tujuan umrah.

 

Sumber: Astro AWANI