Pelakon senior, Azhar Sulaiman, telah berkongsi satu tangkap layar komen melampau dari seorang netizen mengenai anak gadisnya.
Dalam hantaran tersebut, beliau bertanyakan kepada pengikutnya andai sesiapa mengenali individu dalam foto yang dilampirkan, yang mana lelaki tersebut telah meninggalkan komen melampau terhadap anak perempuannya, Leona.
“Mereka ni saudara mara you ker?”, tulis beliau ringkas.
Pemilik akaun Tiktok itu juga dipercayai telah memadamkan profilnya, dan rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki itu yang disifatkan sebagai biadap.
Baru-baru ini, Leona, 21, telah menjadi perhatian umum selepas memuatnaik video sedang bermandi manda bersama rakan-rakan dengan penampilan agak seksi. Video itu akhirnya telah dipadam, dan sebagai bapa, Azhar berharap agar anaknya akan belajar perkara seperti itu dengan segera.
Sumber: Instagram Azhar Sulaiman