Penampilan Gadis Bernama Inca Medina Dalam Muzik Video Sedih Hati Curi Perhatian Netizen

Selepas perlancaran lagu Sedih Hati, gabungan nyanyian Allahyarham Mona Fandey, Mr. General atau Malique kini dikatakan menampilkan pula anak gadisnya, Inca Medina dalam muzik video lagu berkenaan versi akustik.

 

Muzik video versi akustik lagu Sedih Hati pada mulanya menampilkan barisan pemuzik dengan bahagian kepala ditutup. Namun, pada penghujung video tersebut, seorang gadis bernama Inca Medina yang menggesek biola diperkenalkan.

penampilan gadis bernama inca medina dalam muzik video sedih hati curi perhatian netizen

penampilan gadis bernama inca medina dalam muzik video sedih hati curi perhatian netizen

penampilan gadis bernama inca medina dalam muzik video sedih hati curi perhatian netizen

Hal itu menambahkan rasa teruja dalam kalangan warganet yang pertama kali melihat anak Malique. Malah, ramai juga meluahkan rasa teruja apabila melihat kecantikan Inca yang rata-ratanya menyifatkan gadis itu mirip bapanya, Malique.

 

Sebelum ini, nama Inca Medina hanya menjadi sebutan dalam lagu berjudul Senyum, seperti dalam liriknya:

“Oh Inca Medina, orang secantik nama,

Cantik luar cantik dalam cantik macam mama..”

 

Sumber: Astro AWANI