‘Komitmen Bertambah, Kena Kerja Lebih Keras’ - Penantian Dua Tahun Janna Nick Akhirnya Terlunas

Selebriti popular, Janna Nick bersyukur kerana hasratnya untuk memiliki rumah kedua akhirnya lunas juga.

‘komitmen bertambah, kena kerja lebih keras’ - penantian dua tahun janna nick akhirnya terlunas

Menerusi satu hantaran di Instagram, Janna berkata proses untuk memiliki rumah kedua itu memakan masa selama dua tahun.

“Dua tahun saya mencari rumah yang sesuai. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga seperti yang saya mahukan dan berbaloi.

“Saya sangat bersyukur, tetapi kena kerja keras lagi kerana semakin banyak komitmen, semakin bertambah tanggungjawab yang perlu saya lunaskan,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu “Gatal” itu turut berkongsi video yang memaparkan rumah empat tingkat beserta lif miliknya itu, di Instagram.

Terdahulu, Janna telah membeli rumah pertama yang bernilai kira-kira RM1 juta sekitar lima tahun lalu.

Menurutnya, rumah tersebut dibeli sebagai persediaan untuk membawa keluarganya tinggal bersama.

“Saya pilih untuk keselesaan keluarga kerana nanti emak dan adik-beradik yang lain akan tinggal sekali.

“Rumah baharu ini bagaimanapun, belum lagi diubah suai. Saya kena tunggu siap sepenuhnya, baru kami semua akan berpindah masuk. Mungkin akhir tahun depan,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo