Iman Troye Trauma Lepas Baby Noah Hilang Kawalan Sebelum Accident

Penyanyi, Iman Troye akui berada dalam keadaan trauma selepas terbabit dengan kemalangan jalanraya pada 1 November lalu.

iman troye trauma lepas baby noah hilang kawalan sebelum accident

Menerusi perkongsian di Instagram Story, beliau berkata kemalangan itu menyebabkan kereta miliknya yang dikenalinya sebagai ‘Baby Noah’ hilang kawalan akibat hujan lebat dan jalan licin.

 

“Hari pertama November saya kemalangan. Hujan lebat dan jalan licin menyebabkan kereta saya gagal dikawal.

“Alhamdulillah saya selamat cuma Baby Noah (kereta) sudah ‘tempang’.

“Jadi, sekarang saya tidak berani memandu sendiri dan memang 100 peratus mengharapkan Grab, keluarga dan kawan-kawan sahaja,” katanya dalam hantaran Instagram.

iman troye trauma lepas baby noah hilang kawalan sebelum accident

iman troye trauma lepas baby noah hilang kawalan sebelum accident

Pemilik nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin itu berkata, beliau mengalami kecederaan ringat akibat hentakan dalam kemalangan terbabit.

 

“Cuma kecederaan kecil sahaja sebab kepala saya terhentak pada tingkap kereta.

“Kaki saya bengkak dan telinga bahagian kanan berdesing terus tidak dengar apa-apa.

“Keesokannya (2 November), pendengaran kanan saya kurang dari kiri. Namun, sekarang alhamudlillah semuanya baik sahaja,” ujarnya lagi.

iman troye trauma lepas baby noah hilang kawalan sebelum accident

Sumber: Instagram