Iman Troye Akui Dirinya Masih Single, “Kalau Berminat, Jangan Segan Silu Untuk..”

Penyanyi, Iman Troye telah membuat satu pengakuan jujur bahawa dirinya masih lagi single dan belum berpunya pasangan.

iman troye akui dirinya masih single, “kalau berminat, jangan segan silu untuk..”

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin berkata jika ada yang sudi untuk berkenalan, boleh sahaja cuba mendekatinya menerusi Direct Message (DM).

 

“Semua busy appreciate partner harini. While me still single and alone. Many more years to go like this. Kalau berminat jangan segan silu untuk slide to my dms! Belum cuba belum tahu,” tulis Iman Troye.

iman troye akui dirinya masih single, “kalau berminat, jangan segan silu untuk..”

Hantaran penyanyi yang berusia 20 tahun itu mendapat perhatian ramai khasnya para peminat yang seakan tidak percaya gadis secantiknya itu masih belum ada kekasih hati.

 

 

Terdahulu, Iman Troye telah terlibat dalam satu kemalangan kecil hingga menyebabkan bahagian hadapan kenderaanya sedikit rosak. Iman bagaimanapun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Sumber: Instagram