Diserang Anxiety, Ikmal Amry Masih Trauma Bila Memandu

Susulan daripada insiden kemalangan yang menimpa pelakon ini awal bulan lalu, Ikmal Amry mengakui masih berasa trauma untuk memandu.

diserang anxiety, ikmal amry masih trauma bila memandu

Menurut Ikmal, beliau dan isteri masih terbayang-bayang dengan kejadian ngeri itu dan kini seakan-akan diserang anxiety.

 

“Selepas ditimpa kemalangan, saya jadi macam anxiety bila berjumpa dengan orang ramai.

“Perkara tersebut (anxiety) memang sampai sekarang menggangu dan menghantui saya dan isteri sebab kami masih teringat-teringat apa yang terjadi.

“Isteri jadi mudah terkejut dan sentiasa pegang anak bila masa tidur sebab masih teringat dengan insiden yang berlaku,” katanya.

diserang anxiety, ikmal amry masih trauma bila memandu

Akibat daripada insiden itu juga Ikmal Amry mengakui masih trauma dan tidak berani memandu sendirian.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

 

Beliau juga masih belum bertemu pakar bagi mendapatkan rawatan berhubung masalah yang didepaninya ini.

 

Sumber: Kosmo!