‘Saya Tayang Badan Untuk Kerja’ - Ikhram Juhari Fikiran Banyak Kali Sebelum Terima Tawaran

Pelakon filem Malbatt Misi Bakara, Ikhram Juhari menegaskan dia hanya ‘menayang badan’ hanya atas dasar kerja dan bukannya saja-saja.

‘saya tayang badan untuk kerja’ - ikhram juhari fikiran banyak kali sebelum terima tawaran

“Saya hanya tayang badan dalam filem, tidak drama!” ujarnya.

Terdahulu, Ikhram yang pernah membintangi beberapa buah drama pernah mengeluarkan kenyataan yang dia tidak akan pernah sesekali berbuat demikian.

“Sebelum ini saya ada mengeluarkan kenyataan tidak mahu tayang badan, tetapi sekarang saya lakukannya. Sejujurnya, saya berfikir banyak kali sebelum memutuskan untuk tayang badan. Namun, saya hanya buat untuk filem saja tetapi tidak untuk drama.

“Saya hanya tayang badan untuk kerja bukannya suka-suka. Setakat ini peminat memahami tujuan saya berbuat demikian. Andai dikecam selepas ini, saya sudah bersedia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ikhram yang membawa watak Lans Koperal Wahid berkata, dia telah mengamalkan diet ketat selama dua bulan bagi menjayakan watak tersebut.

“Rutin saya sebelum penggambaran bermula adalah bersenam di gimnasium, bersauna  dan berjemur demi mendapat kulit yang gelap. 

“Saya juga berhabis dalam RM200 sehari demi pemakanan yang berkhasiat. Saya hanya boleh mengambil protein dengan makan enam biji telur masak untuk sarapan dan ikan tilapia rebus buat hidangan tengah hari selain buah-buahan. 

“Saya tidak boleh mengambil karbohidrat kerana akan menyebabkan perut buncit, sebab itu sebelum dan semasa penggambaran memang saya amat menjaga pemakanan,” ujarnya.

 

Sumber: HMetro