Penduduk Kuala Baram Temui Ikan Naga Sepanjang 12 Kaki

video: penduduk kuala baram temui ikan naga sepanjang 12 kaki

Seekor ikan naga atau nama saintifiknya Regalecus Glesne telah ditemui penduduk di Pasar Ikan Kampung Batu Satu di Kuala Baram baru-baru ini.

Para penduduk begitu teruja melihat ikan sepanjang 12 kaki itu kerana sangat jarang dan susah untuk ditemui. Ikan tersebut diletakkan di pasar untuk dijual.

Berdasarkan laporan Astro Awani, ada yang mengatakan rasa isi ikan tersebut seperti ikan lumek ataupun nama saintifiknya Bombay Duck.

Bagaimanapun, menurut cerita rakyat dari Jepun dan kepercayaan mereka, sekiranya ikan tersebut ditemui dalam keadaan terdampar di pantai, ia menunjukkan akan berlaku gempa bumi.

Harapnya semua itu hanyalah kepercayaan sahaja dan doakan yang baik-baik sahaja berlaku.

Sumber: Astro Awani