“Bazir Masa Nak Fikir Tentang Cinta,” Story Mimi Lana Undang Tanda Tanya?

Pasangan pelakon, Syafiq Kyle dan Mimi Lana sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila membatalkan pernikahan dan majlis resepsi mereka yang dijadualkan pada 18 Ogos depan.

“bazir masa nak fikir tentang cinta,” story mimi lana undang tanda tanya?

Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan dibuat kedua-dua pasangan ini, meskipun ramai khasnya warganet mula membuat spekulasi masing-masing.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok.bm)

 

Terbaharu, Mimi dilihat memuatnaik satu hantaran video di Instagram Story sedang duduk dihadapan skrin yang menyiarkan muzik video lagu bertajuk “Malam Pagi.”

“bazir masa nak fikir tentang cinta,” story mimi lana undang tanda tanya?

Hantaran itu tidak menulis sebarang kapsyen, namun ada warganet yang mula membuat spekulasi tersendiri selepas mendengar bait rangkap pada lirik lagu berkenaan.

“Bazir masa nak fikir tentang cinta. Yea aku sakit, aku healing sampai pagi tak balik,” demikian antara lirik pada lagu nyanyian asal Saixse.

 

Dalam laporan berbeza, pengurus Mimi Lana iaitu Iman Tang tampil menjelaskan pembatalan majlis pernikahan Mimi-Syafiq itu adalah disebabkan kekangan kerja Mimi yang kini terikat dengan penggambaran drama.

 

Sumber: Instagram Mimi Lana