Ibu Syamsul Yusof Tidak Maaf Individu Runtuhkan Rumah Tangga

Ibu kepada pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail membayangkan rasa tidak puas hati membabitkan konflik rumah tangga.

 

Menerusi hantaran di Instagram Story, beliau meluahkan perasaannya yang sama sekali tidak memaafkan mereka yang sengaja meruntuhkan kebahagiaan sesebuah keluarga.

 

Luahan itu mungkin merujuk kepada konflik rumah tangga anaknya, Syamsul bersama isteri, Puteri Sarah Liyana.

ibu syamsul yusof tidak maaf individu runtuhkan rumah tangga

Terdahulu, Syamsul Yusof dilapor akan menjawab segala persoalan mengenai rumah tangganya dengan Sarah dalam masa terdekat, malah beliau berkata sudah penat dengan konfik yang melanda ini.

 

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah juga telah memasuki episod baharu apabila apa pihak mendakwa Syamsul sudah bernikah bersama Ira Kazar, malah ada yang mendakwa Syamsul dan Sarah tidak lagi tinggal sebumbung.

 

Namun segala persoalan dan tuduhan yang dilemparkan ini bakal dijawab oleh Syamsul tidak lama lagi.

 

Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

 

Sumber: Instagram @dpatimah012