"Hidupmu Hampir Hancur, Pulanglah ke Pangkal Jalan," Rayuan Ibu Syamsul Yusof

Ibu kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail telah berkongsi sekeping foto anak lelakinya itu.

hidupmu hampir hancur, pulanglah ke pangkal jalan, rayuan ibu syamsul yusof

Menerusi kemaskini di akaun media sosialnya, Datin Patimah turut menggunakan foto itu bersama lagu Rapuh, nyanyian Opick berserta sepotong ayat berbentuk pesanan buat anaknya.

 

"Hidupmu hampir hancur! Pulanglah ke pangkal jalan... sudah jauh tersesat, pintu kami sentiasa terbuka untuk mu.

"Allah juga Maha Pengampun," tulisnya.

hidupmu hampir hancur, pulanglah ke pangkal jalan, rayuan ibu syamsul yusof

Hantaran terbabit bagaimanapun telah dipadam daripada akaun Instagram beliau.

 

Konflik rumah tangga pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana kini menemui kemuncak apabila Puteri Sarah membuat permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Syamsul bagaimanapun enggan melepaskan Puteri Sarah dan kes itu kini dirujuk kepada Jawatankuasa Pendamai.

 

Pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar. Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah.

hidupmu hampir hancur, pulanglah ke pangkal jalan, rayuan ibu syamsul yusof

Sumber: Astro AWANI