“Sedarkah Dosa Kamu Hancurkan Masjid, Buat Ibu Menangis?,” Ibu Syamsul Yusof Luah Isi Hati

Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah tampil membuat kemaskini di akaun Instagramnya pada Isnin.

“sedarkah dosa kamu hancurkan masjid, buat ibu menangis?,” ibu syamsul yusof luah isi hati

Menurut Datin Patimah, beliau difahamkan membuat kemaskini sepotong ayat merujuk kepada keruntuhan rumah tangga dan juga kesedihan seorang ibu.

 

“Sedarkah dosa kamu yang telah menghancurkan sebuah masjid dan membuat air mata seorang ibu mengalir tanpa henti,” tulis beliau sambil disertakan lagu popular Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal kumpulan Flybaits.

“sedarkah dosa kamu hancurkan masjid, buat ibu menangis?,” ibu syamsul yusof luah isi hati

Pada Isnin, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 18 April ini untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

 

Ia susulan pasangan itu gagal menemui kata sepakat untuk pendamaian selepas krisis rumah tangga yang melanda mereka sejak empat tahun lalu. Krisis rumah tangga pasangan ini memuncak selepas Syamsul menjadikan Ira Kazar sebagai isteri kedua awal tahun ini.

“sedarkah dosa kamu hancurkan masjid, buat ibu menangis?,” ibu syamsul yusof luah isi hati

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

 

Sumber: Instagram Datin Patimah