"Sebagai Ibu, Saya Memaafkan Syamsul, Tapi..” Datin Patimah Luah Rasa Kesal

Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah sudah memaafkan anaknya itu, tetapi beliau tidak dapat menerima apa yang dilakukan Syamsul terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana dan dua anaknya.

sebagai ibu, saya memaafkan syamsul, tapi..” datin patimah luah rasa kesal

Menurut Datin Patimah, apa yang dilakukan Syamsul untuk keluarga isteri keduanya itu disifatkan sebagai keluarga tidak bermaruah.

 

"Sebagai ibu, saya memaafkan Syamsul. Tapi, saya tidak boleh terima apa yang dia buat kepada Puteri Sarah dan anak-anaknya untuk keluarga perempuan yang tidak bermaruah itu," tulisnya.

sebagai ibu, saya memaafkan syamsul, tapi..” datin patimah luah rasa kesal

Datin Patimah dilihat sering berkongsi beberapa hantaran di media sosial mengenai luahan hatinya terhadap konflik rumah tangga anak dan menantunya itu.

 

9 Mac lalu, beliau turut menasihatkan Syamsul dan memintanya untuk kembali ke pangkal jalan. Malah, Datin Patimah turut memaklumkan pintu hatinya sentiasa terbuka untuk Syamsul.

 

Terdahulu, proses penceraian Syamsul dan Puteri Sarah tidak dapat diteruskan selepas Puteri Sarah tidak bersetuju dengan beberapa pindaan yang dibuat Syamsul.

 

Sumber: Instagram