Ibu Khai Bahar, Mak Ros Meninggal Dunia di Kangar, Perlis. Al-Fatihah

Penyanyi, Khai Bahar, 30, telah kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Rosnah Muhammad, 62, yang dilapor meninggal dunia malam tadi jam 10.40 malam di Kangar, Perlis.

ibu khai bahar, mak ros meninggal dunia di kangar, perlis. al-fatihah

Menerusi perkongsian pengurus Khai Bahar iaitu Jai, jenazah akan disolatkan di Masjid Tuanku, Kangar, selepas solat zohor hari ini (3 Jan).

 

"Salam semua, saya pengurus (Jai) yang mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (ibu Khai Bahar) telah meninggal dunia sebentar tadi di Perlis.

"Jenazah akan disolatkan di Masjid Tuanku, Kangar selepas solat Zuhur hari ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka.

"Semoga roh arwah dicucuri rahmat, Al-Fatihah," tulisnya.

ibu khai bahar, mak ros meninggal dunia di kangar, perlis. al-fatihah

Terdahulu, Allahyarham pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami sesak nafas, dan turut menjalani rawatan dialisis sejak awal tahun lalu.

ibu khai bahar, mak ros meninggal dunia di kangar, perlis. al-fatihah

Dalam pada itu, Khai yang berada di sebuah pulau sebelum mengetahui akan kejadian itu dilihat gagal menahan sebak dengan mengesat air mata berserta kapsyen pada video dengan menulis ‘Mak’.

ibu khai bahar, mak ros meninggal dunia di kangar, perlis. al-fatihah

Sumber: Instagram