Ibu Ismail Izzani Nafi Fitnah Konon Anaknya Hamilkan Wanita

Sejak semalam, tular di laman Tiktok satu hantaran yang mengejutkan ramai.

ibu ismail izzani nafi fitnah konon anaknya hamilkan wanita

Hantaran oleh seorang wanita yang mendakwa seorang artis tanah air telah menjadi punca dia dihamilkan hasil daripada hubungan terlarang.

 

ibu ismail izzani nafi fitnah konon anaknya hamilkan wanita

Sejak dari itu, timbul cakap-cakap yang mendakwa artis itu adalah penyanyi dan pelakon, Ismail Izzani.

 

Tampil menjelaskan tohmahan yang dibuat netizen, ibu Ismail Izzani iaitu Datin Suliza Salam menafikan dakwaan itu meskipun tuduhan sedemikian bukan pertama kali dilemparkan.

 

"Tidaklah! Mana ada hamilkan anak orang. Yang menulis itu pun mungkin tidak betul," kata Datin Suliza kepada satu portal hiburan.

 

Terdahulu, wanita yang membongkarkan perkara itu menerusi Tiktok mendakwa dia hamil selepas menjalin hubungan dengan seorang penyanyi dan pelakon tanah air.

ibu ismail izzani nafi fitnah konon anaknya hamilkan wanita

"Saya sudah dihamilkan oleh satu artis Malaysia, kemudian dipaksa untuk gugurkan (kandungan). Dia meninggalkan saya dan tidak bertanggungjawab. Tolong saya," tulisnya.

 

Bagaimanapun akaun Tiktok berkenaan telah pun dipadam selepas beberapa jam hantaran itu dibuat.

 

Sumber: Tiktok / HMetro