Ibu Haqiem Rusli Dedah Menantunya Ada Luah Hasrat Mahu Kembali Bertudung Semula

Ibu kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Nazrah Nordin mendedahkan menantunya, Anis Sofea ada menyatakan hasrat untuk kembali memakai tudung semula.

ibu haqiem rusli dedah menantunya ada luah hasrat mahu kembali bertudung semula

Menurut Nazrah, dia mengakui berasa gembira jika isteri kepada anaknya itu terbuka hati untuk kembali berhijab semula.

 

“Saya pun nak tanya Haqiem dari semalam. Nak tanya itu gambar lama atau baru, tetapi baru perasan ada pelitup muka, jadi gambar lamalah.

“Haqiem memang mengharap dan hari-hari berdoa supaya Sofea terbuka hati memakai tudung semula. Saya pun mengharapkan perkara sama.

“Bila balik rumah saya dan makan-makan, Sofea ada cakap insya-Allah nak pakai tudung semula.

“Saya pula macam tak nak bagi tekanan sama ada pada Haqiem atau Sofea sebab perkara ini sangat peribadi, biarlah mereka atasi sendiri,” kata wanita berusia 54 tahun itu.

ibu haqiem rusli dedah menantunya ada luah hasrat mahu kembali bertudung semula

Dalam pada itu, Nazrah turut mendoakan supaya anak dan menantunya akan dikurniakan rezeki cahaya mata suatu hari nanti.

 

“Haqiem dan Sofea memang mahukan anak, tetapi belum ada rezeki. Tak mengapa kalau ada rezeki, adalah,” ujarnya lagi.

 

Terdahulu, Haqiem berkongsi satu hantaran yang menunjukkan isterinya berusia 21 tahun itu memakai hijab dengan kata-kata semangat hingga menarik perhatian ramai.

 

“Sayang Akem, no matter how much it hurts now. stay strong, things will get better. you were there through ups and downs, with me.

“We love you; I love you. Doakan untuk kami yang baik-baik sahaja,” tulis Haqiem.

 

 

Terdahulu, isteri kepada penyanyi ini mengejutkan ramai pihak kerana tampil mendedahkan aurat dan tidak lagi mengenakan hijab, menerusi hantaran di Instagram.

 

Sumber: OMM