Anna Jobling Terkilan Ada Netizen Samakan Ibunya Dengan Orang Gaji

Baru-baru ini tular video menerusi laman Tiktok yang menunjukkan beberapa foto pelakon, Anna Jobling bersama ibunya.

anna jobling terkilan ada netizen samakan ibunya dengan orang gaji

Bagaimanapun ada netizen melemparkan kata-kata jahat apabila beranggapan wanita disebelah Anna itu adalah orang gajinya.

 

@bobbaskyy2 mother is everything #annajobling ♬ THE SHADE - Rex Orange County

 

Memetik laporan daripada Gempak, Anna meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan netizen itu dan meminta orang ramai menghormati keluarganya.

anna jobling terkilan ada netizen samakan ibunya dengan orang gaji

Ujar Anna, beliau berasa pelik kerana ibunya tidak pernah mengusik dan mengendahkan hal orang lain namun menjadi mangsa buli siber secara tiba-tiba.

 

“Kenapa perlu hina mak orang sampai macam tu? Can you just respect my family?

“For me, jangan ganggu keluarga saya. Kalau ada masalah, cakap dengan saya, jangan libatkan mereka. Sebab ibu saya tak kacau sesiapa pun.

“Apa yang kamu akan rasa kalau ada orang yang kurang ajar dengan keluarga kamu pula?” kata Anna.

anna jobling terkilan ada netizen samakan ibunya dengan orang gaji

 Anna turut meluahkan rasa syukur kerana ibunya sangat kuat dan sentiasa positif meskipun banyak menerima kritikan dan komen yang jahat.

anna jobling terkilan ada netizen samakan ibunya dengan orang gaji

Dalam masa sama, Anna turut tersentuh kerana ada peminatnya yang turut bersama-sama menyokong dan memberikan kata-kata semangat buat dia dan ibunya.

 

Terdahulu, Anna Jobling dilahirkan pada 14 Ogos 2000 dan bapanya adalah dari United Kingdom manakala ibunya dari Malaysia.

 

Sumber: Astro Gempak