Hun Haqeem Akui Seronok Dapat Berlakon Dengan ‘Crush’, Daiyan Trisha

Pelakon, Hun Haqeen akui berasa seronok apabila dapat bergandingan bersama aktres jelita, Daiyan Trisha dalam sebuah drama adaptasi W: Two Worlds.

hun haqeem akui seronok dapat berlakon dengan ‘crush’, daiyan trisha

Menurut pemilik nama sebenar Haqeem Hermy, 25, beliau yang akui pernah meminati Daiyan Trisha sama sekali tidak akan menolak jika dapat bergandingan lagi bersama aktres jelita itu.

 

“Sebenarnya kami sudah berkenalan sebelum ini semasa bersama-sama terlibat dengan projek bagi jenama Uniqlo.

“Mimpi jadi kenyataan atau tak, saya sangat bersyukur dapat berjumpa dan berkenalan bersama Daiyan sebagai rakan kerja.

“Kini kami berkawan baik. Jika ada lagi tawaran untuk berlakon bersamanya, sudah tentu saya akan terima ‘on the spot’ untuk cipta banyak karya bagus bersama Daiyan,” kata Hun.

 

Tambah Hun lagi, beliau menyifatkan Daiyan Trisha sebagai seorang yang rajin dan sangat bekerja keras, menyebabkan dia mudah serasi untuk berlakon bersama.

hun haqeem akui seronok dapat berlakon dengan ‘crush’, daiyan trisha

“Satu perkara mengenai Daiyan, dia sangat komited dalam apa jua projek dilakukan.

“Dia sangat menakjubkan dan dia akan buat apa-apa dengan sepenuh hati.

“Jadi, untuk mencipta keserasian bersama, saya rasa tidak susah,” ujarnya lagi.

 

Terdahulu, rakan pelakon, Meerqeen pernah membocorkan rahsia bahawa Hun meminati Daiyan dalam satu temu bual.

 

@mrfix.kotawarisan Kantoi haa rahsia Hun, meerqeen bocorkan hahaha 🤣 #crush #hunhaqeem #daiyantrisha #meerqeen #meme #merqeen♥️ #hunhaqeem♡ #meerqeen♡♥️ #meerqeentroopers #daiyantrisya #daiyan #hun ♬ original sound - Rose🥀 - Mrfix Kota Warisan

 

 

Sumber: Kosmo!