Selepas drama terbaharu yang ditayangkan di Astro berjudul Chinta Wrong Direction mendapat tempat dihati peminat, ramai dilihat suka dengan gandingan dua hero dan heroin drama tersebut iaitu Hun Haqeem dan juga pelakon baharu, Erysha Emyra.
Meskipun drama itu sudahpun berakhir, dua pelakon ini dilihat sering berkongsi video dan foto bersama, menerusi pelbagai platform media sosial.
Pernah sekali mereka dilihat sedondon berpakaian serba putih, membuatkan peminat mula berspekulasi dan mengesyaki mereka benar-benar sedang bercinta.
Bagaimanapun pemilik nama sebenar Haqeem bin Hermy ini menafikan dakwaan tersebut dan tidak mengenali hati budi sesiapa.
"Saya tak nak jawab. Tidak, tidak, tidak. Saya memang tidak mengenali hati budi sesiapa. Allahuakbar," kata Hun.
Erysha dalam satu kenyataan pula tidak menafikan dalam fasa mengenal hati budi Hun Haqeem, namun hubungan mereka tidak lebih sekadar kawan dan bukannya sebagai pasangan kekasih.
Peminat dan warganet pula dilihat seakan memberi restu andai kedua pelakon ini benar-benar sedang menyulam cinta.
Sumber: HMetro