Belum Sedia Bercinta, Hun Haqeem Ada Ciri-Ciri Lelaki Idaman Erysha Emyra

Pelakon, Erysha Emyra menafikan dakwaan kononnya beliau sedang menjalinkan hubungan cinta bersama rakan artis, Hun Haqeem.

belum sedia bercinta, hun haqeem ada ciri-ciri lelaki idaman erysha emyra

Menurut pemilik nama sebenar Nur Erysha Emyra Zakaria, 25, beliau juga belum bersedia untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki kerana fokusnya buat masa ini adalah untuk kerjaya seni dan keluarga.

 

“Hendak ada hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki mungkin belum lagi buat masa sekarang.

“Saya masih sangat baru dalam industri jadi, fokus sekarang hanyalah untuk kerjaya dan keluarga sahaja,” katanya.

belum sedia bercinta, hun haqeem ada ciri-ciri lelaki idaman erysha emyra

Beliau juga berkata, hubungannya bersama Hun Haqeem juga adalah sekadar kawan dan mereka dilihat rapat selepas terlibat sama dalam sebuah drama tahun lalu.

 

Erysha bagaimanapun tidak menafikan Hun adalah lelaki yang baik dan mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya selama ini.

 

“Bercinta? Pastinya tidak sama sekali. Hubungan saya dengan Hun hanya kawan di set penggambaran dan mungkin rapat sebab sudah bekerja bersama dalam tempoh yang lama.

“Hun seorang lelaki yang baik, bertutur pun lemah lembut. Hendak kata dia ada ciri-ciri lelaki idaman, saya rasa dia ada dan ramai lelaki lain pun ada juga,” kata Erysha.

 

Sumber: HIB Glam