Hotel E-sukan Pertama Asia Tenggara Dibuka di Malaysia

Kita mungkin biasa dengan rekaan hotel yang ada di Malaysia, sama ada menghadap laut, bandar atau hotel dengan tema unik seperti watak kartun dan animasi tertentu.

.

Pernahkah anda terbayangkan hotel yang dilengkapi dengan set komputer dan teknologi terbaharu dalam gaming khas buat mereka yang menginap disitu?

hotel e-sukan pertama asia tenggara dibuka di malaysia

Terletak di bandar Senai di Johor, Hotel SEM9 Senai Esports menawarkan bilik-bilik mewah yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini dalam gaming.

.

Dibangunkan dan dibina oleh organisasi sukan SEM9 Asia Tenggara dan disokong oleh SEAGM dan Aiken Digital, SEM9 Senai menyasarkan untuk membawa konsep baharu dalam bidang permainan dan e-sukan. Hotel ini terletak hanya tiga minit berjalan kaki dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

hotel e-sukan pertama asia tenggara dibuka di malaysia

Menurut Pengerusi SEM9, Tommy Chieng berkata, para tetamu boleh mengalami kemegahan visual permainan yang terbaik dengan komputer permainan berprestasi ultra tinggi yang dikuasakan oleh grafik Nvidia terkini, kerusi permainan yang selesa dan persisian permainan.

hotel e-sukan pertama asia tenggara dibuka di malaysia

Bagi melengkapi keselesaan pelanggan, seluruh hotel dilengkapi dengan jalur lebar berkelajuan tinggi dan akses internet mudah alih, sama ada melalui WiFi atau kabel. Pemain konsol dan mudah alih tidak akan berasa tersisih kerana terdapat bilik yang dilengkapi dengan controller tanpa wayar PlayStation 5 dan DualSense.

hotel e-sukan pertama asia tenggara dibuka di malaysia

hotel e-sukan pertama asia tenggara dibuka di malaysia

SEM9 Senai telah tersedia untuk ditempah dan dibuka kepada orang ramai pada 1 Jun 2022, dengan 122 bilik termasuk bilik bukan permainan. Bilik permainan tersedia untuk ditempah satu hari penuh atau setengah hari. Harga bermula dari RM220 untuk sehari penuh dan RM 115 untuk penginapan setengah hari.

.

Sumber: [1], [2]