Hidayah Tolak Cara Ali Puteh Bayar Hutang Saman Guna Motor, Bukan Bentuk Wang

Balu Allahyarham Abam Bocey, iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali, 31, menolak cara pembayaran hutang saman berupa motosikal daripada Ali Puteh, berbanding bentuk wang sebagaimana diperintah mahkamah.

ali puteh dah cuba bayar hutang tapi hidayah tak mahu

Menurut Hidayah, hutang sepatutnya dibayar dengan wang ringgit, bukannya barang atau selain daripada itu.

 

Tambahnya, dia sendiri tidak menggunakan motosikal, jadi ia tidak wajar untuk Ali melunaskan tunggakan hutang saman dengan memberikan aset yang dimilikinya itu.

 

"Saya pun tidak menggunakan motosikal berkenaan yang ingin diberikan kepada saya seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15. Wajarkah? Sekiranya pihak sana mengatakan semua motosikal itu masih ada nilainya, sila jual dulu dan wang itu dibayar kepada saya," katanya.

ali puteh dah cuba bayar hutang tapi hidayah tak mahu

Baca: Ali Puteh Dah Cuba Bayar Hutang Tapi Hidayah Tak Mahu

 

Terdahulu, Hidayah meminta Ali membuat pembayaran segera hutang saman sebanyak RM76,000, manakala RM2,000 lagi hutang ileh kakaknya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @abam_bocik

 

Dalam hantaran di media sosialnya itu juga, Hidayah berkongsi kisah Ali yang kini guat menjalankan perniagaan sambal petai dan jering berlado yang semakin maju.

 

Sumber: HMetro