Ali Puteh Dah Bayar Hutang RM75,000 Tapi Hidayah Tak Terima Tunai [Video]

Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali dilapor enggan menerima pembayaran secara tunai wang saman fitnah oleh adik iparnya, Ali Puteh, baru-baru ini.

ali puteh dah bayar hutang rm75,000 tapi hidayah tak terima tunai [video]

Menerusi video di Instagram, peguam Hidayah membuat penjelasan berikut selepas Ali membawa wang tunai berjumlah RM75,000 ke rumah Hidayah pada jam 6.30 petang pada 20 Feb, yang katanya dibuat atas faktor keselamatan.

 

“Puan Hidayah telah menghubungi saya untuk bertanya sama ada dia boleh mengambil RM75,000 tersebut (secara tunai).

“Dari segi undang-undang tak ada masalah untuk Ali membayar wang tersebut secara tunai, tetapi saya mengambil kira pada waktu itu, apabila sejumlah wang sebegitu besar di bawa ke rumah Hidayah, pada waktu senja dan urusan itu dibuat secara siaran langsung.

“Jadi semua orang akan tahu bahawa pada malam tersebut akan ada sejumlah wang yang besar yang akan disimpan di rumahnya. Wang tersebut tidak boleh dimasukkan di dalam bank sehingga keesokan harinya,” ujar peguam Hidayah, Mohamed Ibrahim Mohamad.

ali puteh dah bayar hutang rm75,000 tapi hidayah tak terima tunai [video]

Justeru, atas faktor keselamatan, Ibrahim mencadangkan agar wang itu dihantar ke firma guaman atau dimasukkan ke dalam akaun bank.

 

“Jadi atas faktor-faktor keselamatan, kami nasihatkan Ali supaya wang itu di bawa ke firma guaman atau dimasukkan terus ke dalam akaun bank atau dibuat bank draf.

“Ini semua atas faktor keselamatan. Saya percaya Hidayah tidak ada niat apa pun untuk menolak, kecuali mengambil kira faktor keselamatan,” jelasnya.

 

 

Terdahulu, Ali dilapor berkunjung ke rumah Hidayah bagi menjelaskan bayaran berjumlah RM 75,486.48 secara tunai kepada Hidayah seperti yang diperintahkan mahkamah.

 

 

Bagaimanapun, urusan pembayaran saman itu masih belum selesai selepas pihak Hidayah mahu Ali membuat transaksi tersebut melalui peguamnya.

 

Sumber: Instagram