Dah Lama Beri Masa, Hidayah Tak Setuju Ali Puteh Bayar RM60,000 Secara Ansuran

Kontroversi antara pelawak, Ali Puteh bersama kakak iparnya, Siti Norhidayah kini kembali menjadi perhatian ramai.

“ada ke dia tanya bil api, air selama tiga tahun kita jaga rumah?,” – ali puteh

Ia kembali terjadi selepas balu kepada Allahyarham Abam Bocey mendakwa tidak dibenarkan untuk memasuki rumahnya bersama Allahyarham Abam dan tuduhan oleh Ali Puteh yang katanya telah disihir selepas menemui garam putih pada luar rumah tersebut.

 

Hidayah juga menuntut Ali Puteh untuk melangsaikan bayaran saman sebanyak RM60,000 kepadanya seperti yang telah ditetapkan mahkamah sebelum ini dalam kadar segera tanpa kaedah ansuran.

 

Ujar Hidayah, beliau tidak setuju jika pihak Ali mahu menjelaskan bayaran itu secara ansuran kerana sudah memberikan tempoh masa lama kepada mereka dan kini mahu memberikan fokus kehidupan bersama anak, Syed Uthman Hamzah serta perniagaannya.

 

"Saya tidak bersetuju dengan bayaran secara ansuran kerana perkara ini sudah diberi tempoh masa yang agak lama serta peguam saya juga memberi notis selama 21 hari untuk memberi kerjasama, tetapi pihak sana (Ali) tidak memberi sebarang jawapan.

"Dengan ini, saya menegaskan untuk pihak sana segerakan bayaran tanpa sebarang ansuran kerana saya tidak mahu ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku agar tidak ada perkara berbangkit kerana hal ini adalah perintah mahkamah yang jelas.

"Saya juga ingin fokus dengan kehidupan saya dan Hamzah (anak) serta bisnes saya. Jadi, saya minta permudahkan urusan saya dan bayar dalam kadar segera kerana saya telah beri ruang dan tempoh masa yang agak lama sebelum ini. Hal ini akan diketengahkan dengan tindakan segera jika pihak sana masih melengah-lengahkan dan tidak memberi kerjasama," katanya.

 

Tambah Hidayah lagi, beliau dan peguam juga tidak menerima sebarang notis daripada Ali yang dikatakan mahu membayar saman itu secara ansuran.

 

Terdahulu, Ali Puteh bersama tiga lagi ahli keluarganya telah diperintahkan mahkamah untuk membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana telah mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram dua tahun lalu.

 

Sumber: HMetro