Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata penghidap diabetes adalah tiga hingga empat kali lebih mudah untuk dijangkiti gejala COVID-19 yang serius, berbanding individu yang tidak menghidap penyakit itu.
Menurutnya, orang ramai perlu berusaha membendung perkara ini daripada menular disebabkan penyakit diabetes yang sudah lama wujud dalam masyarakat kita.
.
"Diabetes bukan sahaja dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan malah ia berkait rapat dengan cara pemakanan yang tidak terkawal dan amalan cara hidup yang tidak sihat," katanya.
.
Beliau turut mengingatkan orang ramai akan kepentingan untuk menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang serta amalan hidup yang aktif.
.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Mobiditi (NHMS) 2019 mendapati, peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus (2019).
.
Sumber: [1]