Hawa Mohon Maaf Pakaian Kurang Sopan, Akui Masih Belajar Jadi Lebih Baik

Pengacara, Hawa Rizwana baru-baru ini telah menerima kecaman hebat daripada warganet susulan daripada satu hantaran di Instagram beliau yang dikatakan kurang sopan dengan imejnya yang berhijab.

hawa mohon maaf pakaian kurang sopan, akui masih belajar jadi lebih baik

Ekoran itu, pemilik nama sebenar Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 27, berkata, beliau memohon maaf andai apa yang dikongsi beliau di media sosial itu tidak disenangi ramai.

 

Ujarnya, pakaian yang dikenakan olehnya itu sebenarnya dengan baju yang labuh, namun foto yang dikongsikan di Instagram ini diambil dari sudut yang tidak sesuai, membuatkan ia nampak tidak sopan.

hawa mohon maaf pakaian kurang sopan, akui masih belajar jadi lebih baik

Dalam hantaran di Instagram rasmi beliau, kelihatan Hawa mengenakan baju labuh panjang dengan seluar kulit berwarna hitam dalam satu acara yang dihoskan oleh beliau.

 

 

Beliau yang akur dengan teguran warganet berkata akan lebih berhati-hati dalam berpakaian di khalayak ramai dan terbuka menerima kritikan daripada mana-mana pihak.

 

“Sejujurnya saya tiada niat untuk buat sesiapa sahaja sakit hati. Bila ada yang menegur, saya ambil teguran itu secara positif.

“Saya juga akan lebih berhati-hati untuk berkongsi sesuatu dalam media sosial,” katanya.

 

Beliau sebelum ini juga pernah ditegur soal pakaian dan mengakui masih belajar untuk menjadi wanita yang lebih baik sambil bersedia menerima teguran secara positif.

 

“Memang saya pernah ditegur sebelum ini tentang bab berpakaian. Saya masih lagi belajar untuk menjadi lebih baik.

“Kalau rasa rasa teguran itu boleh jadikan saya manusia yang lebih baik, kenapa tidak? Saya pun tidak mahu jadi suri teladan yang tidak baik. Terima kasih pada mereka yang menegur,” katanya.

 

Sumber: Kosmo! / Instagram Hawa Rizwana