Hati Sophia Albarakbah Sudah Dimiliki, Namun Enggan Dedah Siapa

Pelakon, Sophia Albarakbah akui hatinya kini sudah dimiliki, namun enggan mendedahkan identiti lelaki itu selagi mereka belum diijabkabulkan.

hati sophia albarakbah sudah dimiliki, namun enggan dedah siapa

Menurut pelakon berusia 29 tahun itu, beliau tidak mahu terlalu menceritakan soal teman lelaki kepada umum selagi mereka belum ada apa-apa ikatan yang sah.

 

Malah, Sophia turut memberikan tempoh tiga tahun untuk merancang ke arah hubungan yang lebih serius.

 

“Teman lelaki saya okay sahaja, dia terbuka dan memahami tugas saya sebagai pelakon. Cuma, kalau orang tanya siapa, saya selesa untuk tidak mendedahkannya. Tetap ada privasi untuk dijaga.

“Bila sudah bersedia, insya-Allah saya akan umum. Sekarang, belum tentu ada jodoh. Saya bagi tiga tahun untuk membina kerjaya dahulu,” ujarnya.

hati sophia albarakbah sudah dimiliki, namun enggan dedah siapa

Sophia turut berkata status pelakon itu tidak kira suami atau isteri orang bukan satu masalah, asalkan dia pandai menjaga diri untuk mengelakkan kontroversi.

 

“Saya tidak boleh pilih hero atau pelakon gandingan dalam sesebuah naskhah. Tetapi, itu bukan masalah. Kalau kita melayan, itu baru masalah.

“Nak buat macam mana, kebanyakkan hero suami orang. Cuma, saya kena pandai jaga diri. Hormat antara satu sama lain.

“Kita cipta keserasian hanya untuk kerja. Ada ‘tembok’ yang harus kita bina demi memastikan keselesaan dalam bekerja,” katanya.

 

Sumber: Utusan