Aprena Manrose Akui Hati Pernah Berbolak-Balik Nak Kekal Pakai Tudung

Pelakon, Aprena Manrose akui hatinya pernah berbolak balik untuk tidak berhijab selepas beliau mengambil keputusan untuk menutup aurat, sekitar dua tahun lalu.

aprena manrose akui hati pernah berbolak-balik nak kekal pakai tudung

Menurut pemilik nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 30, beliau akui pada awalnya sukar untuk kekal istiqamah kerana imannya ada turun dan naik.

 

“Susah sebenarnya nak istiqamah sebab iman kita naik turun. Tapi tidaklah sesusah mana. Sejujurnya, saya sendiri pernah ada rasa hati berbolak-balik.

“Tapi dengan doa yang membuatkan saya terus kuat. Saya nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab isu menutup aurat ini adalah perkara sensitif,” katanya.

 

Anak kepada bekas penyanyi dangdut itu turut menambah individu sekeliling turut menjadi faktor mempengaruhi tahap keimanan seseorang untuk kekal istiqamah.

aprena manrose akui hati pernah berbolak-balik nak kekal pakai tudung

“Faktor sekeliling, dengan siapa kita berkawan juga boleh mempengaruhi kita. Macam mana, kalau waktu saya rajin untuk pergi ke kelas agama, dalam seminggu itu memang saya tertutup betul (menutup aurat dengan sempurna).

“Tapi bila dan lama tak pergi, kita jadi lupa. Jadi salah satu sebab adalah keadaan sekeliling kita. Saya tidak cakap bahawa saya betul-betul sudah cukup jadi muslimah sejati. Tapi sehingga sekarang saya masih lagi belajar,” jelasnya.

 

Tambah Aprena, doa daripada ahli keluarga terutamanya suami adalah ‘perisai’ untuk dirinya kekal istiqamah menutup aurat.

 

Untuk info, Aprena mula berjinak-jinak untuk berhijab sejak Ramadan 2021, sebelum mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya tidak lama kemudian.

 

Sumber: Kosmo!