Ada Pakej Lengkap, Hariz Danial Pertaruh Single Pertama Berjudul ‘Hukum’

Pendatang baharu dalam industri muzik tempatan, Hariz Danial, memulakan langkahnya dengan single pertama berjudul ‘Hukum’.

ada pakej lengkap, hariz danial pertaruh single pertama berjudul ‘hukum’

Lagu ciptaan komposer terkenal, Sirkhan Danial dan Ibu Rinkarnaen dan diterbutkan oleh Armani Entertainment Group (AEG), lagu Hukum pasti membuatkan anda terpukau dengan setiap bait liriknya.

 

Menurut Hariz, 27, anak kelahiran Johor Bahru ini meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menyanyikan lagu ciptaan dua komposer hebat itu.

 

“Syukur Alhamdulillah kerana peluang menghasilkan single ini adalah rezeki yang tidak disangka-sangka, sejujurnya saya tidak pernah terfikir akan menyanyikan lagu ciptaan komposer hebat seperti Sirkhan Danial dan juga Ibnu Rinkarnaen.

“Terima kasih kepada pihak AEG kerana sudi melamar saya menjadi artis naungan mereka dan terutamanya kepada Dato’ KK Chua yang nampak dan juga percaya dengan bakat yang saya miliki,” kongsi graduan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Sumber Manusia), UiTM Bandaraya Melaka.

ada pakej lengkap, hariz danial pertaruh single pertama berjudul ‘hukum’

Hariz mula dikenali ramai sejak bergelar siswazah kerana sudah aktif menyanyi atas undangan acara kecil-kecilan seperti majlis perkahwinan, makan malam dan pesta graduasi. Beliau juga telah menyertai sebuah program nyanyian dan menjadi juara keseluruhan program tersebut.

 

Menceritakan tentang lagu Hukum, Hariz berkata proses rakaman memakan masa selama tiga hari kerana beliau perlu mempersiapkan emosi serta vokal yang dikehendaki agar ia meresap ke jiwa apabila dinyanyikan.

 

Lagu Hukum boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.