Rakyat di negara ini sekali lagi berpeluang merasai pengalaman ‘hari tanpa bayang’ tidak lama lagi.
Ia susulan daripada matahari yang berada tepat pada atas garisan Khatulistiwa pada 23 September depan.
Pada hari itu, penduduk di seluruh dunia akan menghadapi tempoh siang dan malam yang sama panjang iaitu genap 12 jam.
Fenomena ini disebut juga sebagai Ekuinoks yang juga pernah berlaku pada Mac lalu dan September ini.
Ketika fenomena ini, matahari akan berada tepat di atas kepala setiap orang dengan bayang kepala dan badan berada di tapak kaki, menyebabkan ia kelihatan seperti tiada bayang-bayang.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan cuaca akan bertambah baik bulan ini selepas beberapa hari ia tidak menentu. Buat masa ini juga tiada amaran banjir atau laut bergelora di ramal berlaku namun orang ramai dinasihatkan untuk peka dengan maklumat terkini.
Sumber: Utusan