Cabaran Malaysia Pada Piala Thomas Berakhir

Harapan Malaysia nak julang Piala Thomas nampaknya tak kesampaian.

Skuad badminton tewas mengejut 2-3 kepada India pada aksi suku akhir malam tadi.

Lee Zii Jia buka gelanggang dengan bergaya apabila tewaskan Lakshya Sen straight set.

cabaran malaysia pada piala thomas berakhir

Tapi momentum kemenangan tu tak dapat dikekalkan apabila beregu, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan perseorangan, Ng Tze Yong tewas kepada lawan masing-masing.

Kemudian, beregu, Aaron Chia-Teo Ee Yi hidupkan balik peluang apabila berjaya kalahkan lawan dengan straight set untuk ikat India 2-2.

cabaran malaysia pada piala thomas berakhir

Skuad negara bagaimanapun terpaksa akur terkandas pada peringkat suku akhir apabila Leong Jun Hao tewas kepada wakil India yang menghuni ranking ke-23 dunia.

cabaran malaysia pada piala thomas berakhir

Menteri Belia Dan Sukan dalam pada itu tiupkan kata-kata semangat buat skuad badminton negara.

Kata Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, semua pemain dah buat yang terbaik dan mungkin nasib tak menyebelahi mereka kali ini.

Malaysia mulakan saingan Piala Thomas dengan cemerlang apabila menang mudah 5-0 ke atas England pada aksi pembukaan dan benam Jepun 3-1 untuk mara ke suku akhir.

Menang kalah kan adat pertandingan.

Yang penting semangat tak putus asa dalam kalangan atlet amat penting untuk cipta kejayaan yang lebih manis selepas ini.

Mana tau, untuk edisi Piala Thomas akan datang, Malaysia mampu julang trofi buat kali pertama selepas kali terakhir melakukannya pada 1992.

Kita sama-sama doakan yang terbaik, okay!

 

Oleh Izzati Amir