Haqiem Rusli Dedah Alami Masalah Pendengaran Sebelah Telinga, Hanya Boleh Dengar 20% Je

Penyanyi, Haqiem Rusli mendedahkan beliau kini sedang mengalami masalah pendengaran dan hanya mampu untuk mendengar kira-kira 20% sahaja.

haqiem rusli dedah alami masalah pendengaran sebelah telinga, hanya boleh dengar 20% je

Menurut Haqiem, ini adalah kerana akibat daripada luka yang dialaminya pada gegendang telinga sebelah kiri, berpunca daripada air yang memasuki telinga.

 

“Sudah dua hari gegendang telinga belah kiri saya luka. Punca dia sebab air masuk telinga.

“Memang 20 peratus sahaja dengar, sebelah kanan 100 peratus okay,” kata Haqiem.

 

Ujar Haqiem lagi, dia hanya akan mengenakan sebelah sahaja ear monitor untuk membuat persembahan di sebuah program hiburan tempatan.

haqiem rusli dedah alami masalah pendengaran sebelah telinga, hanya boleh dengar 20% je

Selain itu, beliau turut meminta pengguna media sosial untuk mencadangkan kepadanya ubat-ubatan yang boleh memulihkan kembali masalahnya itu.

 

Dalam perkembangan lain, penyanyi ini bersama isterinya, Anis Sofea telah dikecam warganet gara-gara memuatnaik video sedang melakukan tarian di Instagram. Ujar warganet, tindakan kedua mereka ini tidak menjaga sensitiviti semasa yang sedang meratapi insiden di bumi Gaza.

 

Sumber: Instagram