“Kalau Bakal Menantu Beri Hantaran RM1 Pun Saya Terima,” – A. Aida

Ketika ramai menantikan bilakah penerbit sensasi, Datuk A Aida akan menamatkan zaman solo, ada perkara yang berlaku lain pula.

 

Walaupun belum lagi seru, jodoh anak sulungnya, Wan Az Aleesa, 27, telah hadir dalam hidupnya. Beliau dilapor bakal berkahwin tidak lama lagi dengan seorang juruterbang bernama Zain Azrai Abdul Aziz.

“kalau bakal menantu beri hantaran rm1 pun saya terima,” – a. aida

Aida, yang nama sebenarnya Zaidah Awang, berkongsi berita gembira itu dengan menyatakan bahawa Aleesa akan menamatkan zaman bujangnya dengan Zain yang telah bersamanya selama lapan tahun.

 

Ujarnya, meskipun hubungan mereka pernah putus, tetapi akhirnya mereka akan bersatu semula. Aida meminta Aleesa membawa Zain ke majlis ulang tahunnya dan ketika itu, Zain menyatakan hasrat untuk menyunting Aleesa.

“kalau bakal menantu beri hantaran rm1 pun saya terima,” – a. aida

Aida sangat gembira dengan perkahwinan mereka dan dilapor akan mengadakan majlis pertunangan pada 20 Mei ini, diikuti dengan majlis akad nikah pada 15 Julai tahun depan, yang akan diadakan di rumahnya di Janda Baik, Pahang.

 

Jelasnya lagi, Aleesa akan menyambung pengajian veterinar di sebuah universiti di Bogor selama empat tahun bermula tahun depan. Setelah Aida memberitahu Zain tentang itu, Zain bersedia menjaga Aleesa di Bogor.

 

Sebagai ibu, Aida tidak memikirkan soal wang hantaran. Ketika keluarga Zain datang merisik, dia tidak menanyakan tentang wang hantaran dan hanya mahukan seseorang yang boleh bahagia bersama anaknya.

“kalau bakal menantu beri hantaran rm1 pun saya terima,” – a. aida

"Masa keluarga Zain datang merisik tempoh hari, saya memang tidak bertanya langsung soal wang hantaran.

"Duit saya sudah ada. Saya cuma mahukan seseorang yang boleh membahagiakan anak saya. Kalau bakal menantu beri hantaran RM1 pun saya terima," katanya.

 

Sebelum ini, Aleesa dan adik perempuannya, Wan Az Evanatassha, adalah anak A Aida hasil perkongsian hidup bersama penyanyi popular Ameng Spring. Dalam pada lain, Ameng turut memberi restu untuk Aleesa berkahwin.

 

Sumber: BH