Dua Tahun Kahwin Tapi Belum Ada Anak, Ini Komen Hannah Delisha, “Siapa Taknak Kan?”

Pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah SWT mengenai waktu terbaik untuk beliau dan suami dikurnia rezeki cahaya mata.

dua tahun kahwin tapi belum ada anak, ini komen hannah delisha, “siapa taknak kan?”

Menurut isteri kepada Imam Shah, beliau dan suami sepakat tidak mahu terlalu memaksa atau mempersoal berkenaan soal zuriat.

 

“Siapa tidak mahu zuriat kan, tetapi soal rezeki ini saya dan suami sepakat tidak mahu terlalu memaksa atau mempersoal.

“Ada juga terima pertanyaan berkaitan zuriat ini, tetapi saya dan suami tidak ambil hati. Cuma kadang-kadang terfikir juga. Terutama soal usia dan perancangan masa depan kan.

“Tetapi kami serahkan soal rezeki bulat-bulat kepada Tuhan. Dia lebih tahu,” katanya.

 

Tambah Hannah lagi, disebabkan beliau jarang berkongsi perihal suami di media sosial, ada khabar angin yang mendakwa rumahtangga mereka bermasalah, namun sebenarnya tidak.

dua tahun kahwin tapi belum ada anak, ini komen hannah delisha, “siapa taknak kan?”

“Banyak sahaja khabar angin saya dengar. Ada yang ingatkan hubungan kami bermasalah, ada juga yang ingat saya belum kahwin lagi. Bukan tidak mahu kongsi, tetapi kami berdua selesa begini.

“Sejak awal perkenalan pun kami jarang kongsi pasal peribadi. Banyak hantaran adalah tentang kerja dan perniagaan.

“Setiap orang ada cara sendiri dan ini adalah pilihan kami. Selagi khabar angin tidak memudaratkan, saya fikir tiada masalah untuk terus privasi sebegini,” ujar Hannah.

 

Untuk info, Hannah Delisha selamat menjadi isteri kepada Imam Shah pada 18 Februari 2021, selepas lima tahun mereka menjalinkan hubungan bersama.

 

Sumber: Utusan