Dah Tiga Tahun Kahwin, Hannah Delisha Impikan Ada Empat Orang Anak, Tapi..

Pelakon, Hannah Delisha mengakui beliau dan suami ada terfikir soal zuriat selepas usia perkahwinan mereka kini memasuki tiga tahun.

dah tiga tahun kahwin, hannah delisha impikan ada empat orang anak, tapi..

Hannah, 27, yang mengimpikan empat orang cahaya mata bagaimanapun berkata, beliau dan suami tidak mahu tergesa-gesa kerana anak adalah satu amanah besar yang perlu dipikul pasangan suami dan isteri.

 

Kata Hannah, soal zuriat adalah atas keizinanNya dan juga diberi peluang memiliki cahaya mata nanti, sebolehnya dia mahu memberi fokus terbaik kepada mereka.

dah tiga tahun kahwin, hannah delisha impikan ada empat orang anak, tapi..

“Saya dan Imam memang sudah terfikir pasal ada zuriat. Tapi itu semua atas keizinNya juga. Alangkah baik jika dikurniakan dua anak tapi kalau Allah nak bagi rezeki lebih, empat anak sudah cantiklah.

“Tanggungjawab ada anak ini sangat besar. Bahkan, jaga kucing sekali pun tanggungjawab sangat besar. Apatah lagi seorang anak.

“Kami nak pastikan betul-betul bersedia kerana bila ada anak, saya mahu luangkan masa sebaiknya dengan anak saya. Juga beri perhatian penuh kepadanya.

“Kita tengoklah nanti, bila saya rasa kerja macam tak terlalu sibuk, kami cubalah. Tapi itulah, apa sekalipun, akhirnya nanti ia bergantung kepada keizinan Allah,” katanya.

 

Tambah Hannah lagi, beliau kagum dengan komitmen ibu-ibu yang boleh bekerja dan dalam masa sama menguruskan anak-anak, kerana baginya ia bukan mudah selepas melihat kepada ibunya sendiri yang merupakan ibu tunggal.

 

Terdahulu, Hannah dan Imam telah mendirikan rumahtangga pada 2020 lalu.

 

Sumber: Media Hiburan