Hannah Delisha Alami Keguguran, “Jumpa Di Syurga Nanti Sayang”

Pelakon, Hannah Delisha mengesahkan dirinya mengalami keguguran pada Ahad, 17 Mac 2024.

hannah delisha alami keguguran, “jumpa di syurga nanti sayang”

Menerusi ciapan di X, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 28, memaklumkan dirinya keguguran cahaya mata pertama dan turut mendoakan kekuatan pada wanita yang pernah menimpa nasib sama sepertinya.

 

“Saya mengalami keguguran untuk kandungan pertama ini.

“Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada seluruh wanita yang pernah mengalami keguguran.

“Kesedihan yang tak tertanggung dialami oleh ramai wanita tetapi tidak dikongsi. Saya berharap dengan membaca perkongsian saya ini ia dapat memberi kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi menyedari mereka tak bersendirian.

“Semoga Allah memberi kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati kita dengan ketengan dan keselesaan.

“InsyaAllah, jumpa di syurga nanti sayang,” tulis Hannah di X.

hannah delisha alami keguguran, “jumpa di syurga nanti sayang”

Terdahulu, Hannah selamat menjadi isteri kepada Iman Shah pada 2021 dan hamil anak pertama selang beberapa bulan kemudian. Namun, impian untuk bergelar ibu tidak kesampaian apabila beliau kini disahkan keguguran.

 

Sumber: X @hannahdelisha_