Hannah Delisha Akui Sukar Kekal Istiqamah, “Ada Kala Iman Kita Turun Naik..”

Pelakon, Hannah Delisha telah tampil dengan imej berhijab sejak tiga tahun yang lalu.

hannah delisha akui sukar kekal istiqamah, “ada kala iman kita turun naik..”

Sejak dari itu, beliau akui untuk kekal istiqamah bukanlah satu perkara yang mudah, malah beliau faham dan enggan menghakimi rakan artis lain yang kini mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab.

.

Menurut pelakon berusia 26 tahun ini, tahap iman manusia disifatkan berubah-ubah dan dia pernah mengalami situasi dengan membandingkan penampilan jika tidak berhijab seperti dahulu.

 

“Bukan tempat saya untuk menghakimi mereka yang membuat keputusan tidak lagi bertudung kerana kita hanya manusia biasa yang mana iman turun dan naik.

“Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya.

“Contohnya ketika penggambaran di luar, nampak orang pakai ‘dress’ dan rambut mengerbang, terkenang sebelum bertudung dulu. Rasa seperti seronoknya kerana tidak panas.

“Jadi apabila berdepan dengan momen sebegitu, saya pilih untuk tidak berfikir mengenainya. Ini keputusan yang telah dibuat dan harus diteruskan,” katanya.

.

Beliau juga akui faham maksud sebenar ‘semoga istiqamah’ yang ditinggalkan warganet pada mereka yang nekad berhijrah.

.

“Sebelum berhijab dan nampak komen sebegitu, saya kurang memahami maksudnya. Apabila diri sendiri yang melaluinya, baru saya mendalami komen itu.

“Mudah diungkapkan namun bukan mudah untuk dilakukan. Jadi apabila saya sudah bertudung, baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah,” ujarnya lagi.

 

 

Terdahulu, Hannah Delisha telah mendirikan rumah tangga bersama aktor Singapura, Imam Shah pada 18 Februari 2021.

 

Sumber: Harian Metro (Zaara Talita) , Instagram Hannah Delisha