Hannah Delisha Akui Sangat Penat Sering Menangis dan Main Emosi

Pelakon, Hannah Delisha akui berasa amat penat kerana hampir setiap episod drama ‘Andai Itu Takdirnya’ memerlukan dia untuk menangis serta bermain emosi.

hannah delisha akui sangat penat sering menangis dan main emosi

Menurut Hannah, pun begitu beliau berasa puas kerana drama itu mendapat respon yang baik daripada penonton.

 

“Memang sangat-sangat penat… sebab itu la saya macam habis projek ini saya nak ambil cuti pendek, nak relax, healing sekejap. Baru sambung next projek.

“Bagi saya, cerita ini memang memberi respon yang sangat besar. Memang kecoh, saya tengok dekat Twitter, TikTok, dan di mana-mana sosial media.

“Tapi saya sangat gembira sebab kami semua memang bekerja keras untuk projek ini. Saya nampak kru produksi, pelakon… mereka memang bersungguh-sungguh.

“Mengetahui fakta ini berdasarkan cerita sebenar, bagi semangat kepada kami untuk lakukan yang terbaik. Semoga jalan cerita itu jadi pengajaran untuk semua,” katanya kepada Gempak.

hannah delisha akui sangat penat sering menangis dan main emosi

Oleh itu, Hannah berkata beliau akan mengambil cuti pendek untuk berehat daripada dunia lakonan sebelum memulakan projek lain.

 

Drama Andai Itu Takdirnya turut dibintangi pelakon Shukri Yahaya (watak Syed Adam Aizril), Puteri Sarah Liyana (watak Umairah), Idzham Ismail (watak Ikram) dan Dayang Areeda (watak Sharifah Emilin).

 

Sumber: Gempak