COVID-19: Hampir Separuh Kes Baharu COVID-19 Dari Selangor

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 4,571 lagi kes baharu COVID-19 di Malaysia setakat 4 Februari 2021.

Daripada jumlah itu, 2,056 kes baharu adalah dari Selangor dan selebihnya adalah daripada negeri-negeri lain. Perincian kes baharu COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

covid-19: hampir separuh kes baharu covid-19 dari selangor

KKM turut melaporkan terdapat 17 lagi kes maut di Malaysia akibat COVID-19, dimana ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 826 kes. Perincian kes pada 4 Februari adalah seperti berikut:

  • Kes sembuh = 4,092
  • Jumlah kes sembuh = 181,886 kes
  • Kes baharu positif = 4,571 kes (4568 tempatan, 3 import)
  • Jumlah positif = 231,483
  • Kes kematian = 17
  • Jumlah kes kematian = 826 kes
  • Kes dirawat di ICU = 308 kes
  • Bantuan Alat Pernafasan = 135

Sumber: KKM