Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak lima negeri di Malaysia kini dalam zon merah COVID-19 setakat 19 Mei 2021.
Lima negeri tersebut adalah Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Melaka, dan Labuan.
Di Semenanjung Malaysia, hampir semua daerah kini berada dalam zon merah dan hanya beberapa daerah zon jingga dan kuning.
Manakala bagi negeri Sabah dan Sarawak, terdapat pengurangan daerah merah di Sarawak dan penambahan daerah dan mukim merah di Sabah.
Perincian bagi mukim merah di Malaysia mengikut pergerakan 14 hari iaitu dari 6 hingga 19 Mei 2021 adalah seperti tertera:
Dalam perkembangan sama, kes baharu positif COVID-19 mencatatkan angka 6,075 kes, iaitu tertinggi setakat ini dengan 46 lagi kes maut pada 19 Mei 2021.
Sumber: KKM