Wanita Hamil Mengidam Rompak Kedai Emas Didakwa Di Mahkamah Melaka

Seorang wanita yang hamil tujuh bulan mengaku tidak bersalah selepas didakwa atas pertuduhan cuba merompak kedai emas dalam daerah Melaka Tengah pada 20 Disember lalu.

wanita hamil mengidam rompak kedai emas didakwa di mahkamah melaka

Menurut laporan, wanita berusia 35 tahun itu cuba melakukan rompakan di sebuah kedai emas yang terletak dalam pasar raya Mydin Ayer Keroh, kira-kira jam 4.45 petang pada hari kejadian.

 

Tertuduh yang berjaya diberkas telah dibicarakan di mahkamah, namun beliau mengaku tidak bersalah sambil menangis teresak-esak.

 

Jika disabitkan kesalahan, wanita itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

 

Terdahulu, polis berjaya memberkas wanita berjubah yang cuba menyamun kedai emas menggunakan sebilah pisau. Hasil soal siasat mendapati, wanita berkenaan mempunyai pendapatan lumayan hasil kerjayanya sebagai eksekutif bahagian sumber manusia. Beliau melakukan perbuatan itu selepas didorong oleh perasaan untuk mencuba melakukan perkara ekstrem, meskipun sedang hamil tujuh bulan.

 

Sumber: Kosmo!