Terima Khabar Duka, Hamdan Senario Disahkan Meninggal Dunia

Pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramly, 55, telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 12.50 tengah hari di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, hari ini (5 Jan).

terima khabar duka, hamdan senario disahkan meninggal dunia

Perkara itu disahkan anak bongsu Allahyarham, Nur Natasya Umairah, 20, selepas hampir seminggu bapanya bertarung nyawa.

 

“Assalamualaikum semua, khabar duka.

“Hamdan Ramly sudah tiada (meninggal dunia) sebentar tadi,” katanya.

 

Sehingga artikel ini ditulis, punca kematian masih belum diketahui.

 

Terdahulu, Hamdan atau nama sebenarnya Ahmad Hamdan Mohamed Ramli terpaksa ditidurkan di HSA, Johor Bahru pada 31 Disember lalu, selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah serta mengalami lemah jantung dan paru-paru berair.

 

Sumber: Kosmo!