Pelakon, Haidar Hasanudin Difitnah Ekoran Kes Langgar Kereta, “Dia Nak Settle Tepi, Tapi..”

Pelakon, Haidar Hasanudin dilapor mungkin akan mengambil tindakan undang-undang selepas difitnah oleh seseorang.

pelakon, haidar hasanudin difitnah ekoran kes langgar kereta, “dia nak settle tepi, tapi..”

Menurut bintang drama bersiri Tetuan Ang & Rahimin ini, segalanya bermula selepas beliau terlibat dengan kemalangan pada 15 Mac lalu.

 

“Saya mengaku telah terlibat dalam satu kemalangan pada 15 Mac lalu. Dalam kejadian itu, kereta saya terbabas dan terlanggar kenderaan jenis Proton Satria.

“Memang salah saya sebab langgar dari arah belakang. Kemudian saya memintanya buat laporan dan selesaikan mengikut undang-undang.

“Tetapi tuan kereta Satria tu tak nak dan minta saya bayar ganti rugi akibat kerosakan yang berlaku,” kata Haidar.

pelakon, haidar hasanudin difitnah ekoran kes langgar kereta, “dia nak settle tepi, tapi..”

Akibat daripada kemalangan itu juga, Haidar dan pemandu kereta jenis Satria itu tidak mengalami kecederaan sebaliknya kerosakan terhadap kedua-dua buah kenderaan.

 

Haidar kemudian bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian ini dan melaporkan kepada pihak PDRM mengikut saluran undang-undang yang betul. Bagaimanapun, Haidar telah difitnah oleh individu terbabit kononnya memandu dibawah pengaruh minuman memabukkan.

pelakon, haidar hasanudin difitnah ekoran kes langgar kereta, “dia nak settle tepi, tapi..”

Beliau menafikan tuduhan itu, sebaliknya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM. Malah, Haidar juga tidak pernah ditangkap, ditahan reman dan juga tidak disiasat kononnya atas tuduhan tidak berasas seperti itu. Satu laporan perubatan oleh Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri juga mengesahkan Haidar mengalami retrograde amnesia yang berkemungkinan berpunca daripada hentakan beg udara di kepalanya.

pelakon, haidar hasanudin difitnah ekoran kes langgar kereta, “dia nak settle tepi, tapi..”

Individu itu kemudiannya menghubungi pelakon berusia 34 tahun ini untuk menyelesaikan kos pembaikan kenderaan tanpa melibatkan pihak PDRM. Haidar bagaimanapun tidak bersetuju dengan permintaan itu kerana mahu menyelesaikan isu ini dengan saluran yang betul serta mahu membuat tuntutan daripada syarikat insurans.

 

Malangnya, individu itu tidak mempunyai perlindungan daripada syarikat insurans, selain mempunyai cukai jalan yang telah tamat tempoh.

 

“Ini kerana, pemandu itu mengakui sendiri bahawa keretanya tidak dilindungi insurans memandangkan polisi telah tamat tempoh, bahkan tiada cukai jalan,” jelasnya.

 

Rentetan daripada kejadian ini, Haidar kemudian membuat laporan polis kerana terdapat unsur ugutan yang diterima dari individu itu yang berang kerana Haidar enggan menyelesaikan hal ini mengikut kepada kemahuannya. Malah, beberapa hantaran di media sosial telah dibuat dengan tujuan menabur fitnah dan menjatuhkan reputasinya sebagai penggiat seni.

 

 

“Saya sedang berbincang mengenai isu ini dan bertanyakan pendapat peguam. Mungkin akan saman…” ujar Haidar.

 

Dalam pada itu, Haidar kini sedang bergiat aktif dalam dunia lakonan menerusi beberapa drama lakonannya, termasuk juga turut menyumbang suara dalam podcast Selebriti Podcast serta Genderbender di SYOK.

 

Sumber: Instagram Haidar Hasanudin