Bukan Nak Menunjuk, Hafiz Mahamad Share Video Cium Hajar Aswad Untuk Kenangan [Video]

Selepas kecoh mengenai isu mencium Hajar Aswad di Kaabah oleh pempengaruh, Hafiz Mahamad, beliau akhirnya tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu di Instagramnya.

bukan nak menunjuk, hafiz mahamad share video cium hajar aswad untuk kenangan [video]

Menurut beliau, tujuan asal berkongsi rakaman mengerjakan ibadah umrah bersama kakitangan syarikat adalah untuk berkongsi pengalaman, bukan niat untuk menunjuk.

 

Katanya, mereka sudah pun melengkapkan rukun wajib sebelum mengambil peluang untuk melakukan perkara sunat itu.

bukan nak menunjuk, hafiz mahamad share video cium hajar aswad untuk kenangan [video]

“Maaf kerana saya terpaksa turunkan video berkenaan supaya kita tak bertelagah, selain daripada memberi pandangan baik.

Saya kongsi video itu sebagai kenangan agar orang ramai sedia berdepan cabaran untuk beribadah di sana serta melakukan persediaan mental dan fizikal.

“Itu sunat, tapi sebelum ke Tanah Suci saya selaku ingatkan mereka (pekerja) agar manfaatkan peluang, jangan ingat buru makanan saja atau hal lain, usahakan solat dalam Hajr Ismail atau cium Hajar Aswad,” katanya.

 

Beliau yang katanya sudah tujuh kali menjejakkan kaki ke Mekah bersama kakitangan syarikat berkata lagi video itu dibuat bagi menyuntik rasa keberanian dalam kalangan kakitangan syarikatnya untuk melaksanakan tuntutan sunat mencium batu Hajar Aswad.

 

 

 

Terdahulu, tindakan Hafiz Mahamad yang dilihat bersesak-sesak cuba membawa pekerja wanita dan isterinya untuk mencium Hajar Aswad di Kaabah telah mendapat kritikan ramai, termasuk teguran daripada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

cium hajar aswad adalah sunat, boleh jadi haram jika bahayakan diri – dr. zulkifli

Baca: Cium Hajar Aswad Adalah Sunat, Boleh Jadi Haram Jika Bahayakan Diri – Dr. Zulkifli

 

 

Sumber: Instagram