Hafidz Roshdi Komen Lagi Foto Bekas Isteri Hingga Undang Kecaman, “Tak Follow Pun?”

Pelakon, Hafidz Roshdi sekali lagi menerima kecaman selepas dilihat meninggalkan komen pada satu hantaran di Instagram bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

 

Hantaran yang dibuat Shuhada dalam pada lain menyebut tentang nafkah anak-anak sambil berlatar belakangkan bunting di Mahkamah Syariah Selangor.

hafidz roshdi komen lagi foto bekas isteri hingga undang kecaman, “tak follow pun?”

“Semoga nafkah anak-anak takkan putus. Aminnn YaMujib,” tulis Shuhada ringkas.

hafidz roshdi komen lagi foto bekas isteri hingga undang kecaman, “tak follow pun?”

Foto yang dikongsikan Shuhada menerusi akaun Instagramnya mendapat perhatian ramai termasuk daripada bekas suaminya, Hafidz Roshdi.

hafidz roshdi komen lagi foto bekas isteri hingga undang kecaman, “tak follow pun?”

Hafidz dilihat mengaminkan doa yang ditulis Shuhada, namun komen itu mendapat kecaman ramai warganet yang menyifatkan tindakan itu sebagai berani.

.

Hasil pemerhatian juga mendapati Hafidz tidak mengikuti akaun Instagram Shuhada, menimbulkan spekulasi yang beliau sering melihat perkembangan terkini bekas isterinya itu. Hafidz juga pernah menegur mengenai pendakap gigi uang dipakai oleh Shuhada dalam satu hantaran yang lain.

hafidz roshdi komen lagi foto bekas isteri hingga undang kecaman, “tak follow pun?”

hafidz roshdi komen lagi foto bekas isteri hingga undang kecaman, “tak follow pun?”

Konflik rumah tangga pasangan ini memuncak selepas aktor itu melafaskan cerai talak satu bersaksikan keluarga menerusi panggilan telefon. Shuhada juga dilaporkan akan memfailkan pengesahan lafaz cerai pada 1 Mac, yang juga jatuh pada hari lahirnya.

 

Sumber: Instagram