Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah Tumbuk Isteri

Pelakon, Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas kesalahan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali hingga mengakibatkan luka.

hafidz roshdi mengaku tidak bersalah tumbuk isteri

Kejadian yang berlaku di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada Mac lalu telah menyebabkan Hafidz, atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, dibicarakan di Mahkamah Majistret hari ini.

 

Hafidz bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib sebagai Majistret.

hafidz roshdi mengaku tidak bersalah tumbuk isteri

Mengikut pertuduhan, Hafidz didakwa atas kesalahan menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali hingga mangsa mengalami lebam, luka, dan bengkak pada pipi.

 

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: BH