Bakal Dirawat Di Hospital Bahagia, Hafidz Roshdi Akui Masih Sayang Isteri

"Rasa cinta saya terhadap Shuhada masih ada," demikian menurut pelakon, Hafidz Roshdi yang mengakui masih mencintai isterinya dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

 

Hafidz berkata, beliau akan berusaha untuk berdamai dan berbaik semula dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

bakal dirawat di hospital bahagia, hafidz roshdi akui masih sayang isteri

Hafidz terdahulu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan isterinya, Nurul Shuhada, 29, dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu. Hafidz bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan.

 

Pelakon itu kemudian diperintah diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan prikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.

 

Sumber: Astro AWANI