Hafidz Roshdi Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu Depan Keluarga?

Pelakon, Hafidz Roshdi dikatakan sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri hari ini.

“saya mungkin akan maafkan awak tapi ..” isteri hafidz roshdi respon pengakuan athira

Menurut laporan, pelakon itu menceraikan isterinya dengan talak satu dan disaksikan keluarga. Bagaimanapun masih belum ada pengesahan rasmi dibuat oleh pihak Hafidz mahupun Shuhada mengenai perkara ini.

 

Difahamkan, Shuhada juga bakal memfailkan penceraian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada hari lahir Shuhada.

 

Terdahulu, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi berkongsi foto menggenggam erat tangan seorang wanita dipercayai isterinya, seolah-olah memberi gambaran bahawa rumah tangga mereka sudah kembali aman. Hantaran itu juga diselitkan permintaan Hafidz agar mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

 

Konflik rumah tangga Hafidz Roshdi timbul selepas Shuhada mendedahkan suaminya itu ada hubungan dengan wanita lain bernama Athira Yuhada. Wanita itu juga mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun yang lalu.

 

Untuk rekod, Hafidz telah mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada paa 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, masing-masing kini berusia 6 dan 2 tahun.

 

Sumber: Gempak / HMetro