Pelakon Hafidz Roshdi, kini sah bercerai dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.
Hafidz, 29, berkata beliau bersyukur kerana sudah bercerai dengan isterinya itu dengan talak satu.
"Saya nak ucap terima kasih buat semua yang hormati privasi dan karier seni.
“Alhamdullillah saya lega, perkara ini diselesaikan cara baik dan tiada pergaduhan. Saya juga menghormati keputusan hakim dan berpuas hati dan gembira dengan dengan keputusan hari ini," katanya.
Menurut peguam yang mewakili Hafidz, mahkamah sudah menerima permohonan yang dibuat Hafidz pada 22 Februari lalu.
"Cerai hanya berlaku sekali sahaja. Tuntutan balas daripada Shuhada yang dakwa ada tuntutan sebelum itu pada 22 Januari, hakim tidak terima.
"Hanya talak satu dijatuhkan, walaupun Shuhada minta talak dua," kata peguam.
Terdahulu, Nurul Shuhada memfailkan penceraian terhadap Hafidz pada 27 Februari lalu. Namun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas ada isu baharu berhubug lafaz cerai pasangan terbabit.
Hakim kemudian menetapkan 9 Mei sebagai satu tarikh lain bagi menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai terbabit.
Sebelum itu, Hafidz dikatakan sudah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya menerusi panggilan telefon pada 22 Februari.
Sumber: HMetro
Foto Kosmo!